Rukun haji terbahagi kepada 6 :
1. Ihramihram merupakan rukun haji yang pertama di mana seseorang itu perlu berihram mandi sunat ihram dan juga sembahyang sunat ihram. selepas itu mereka perlu berniat ihram di miqat. Bagi yang ingin mengerjakan haji dan tggal di tanah haram cukup hanya berniat di rumah sendiri.
Contoh Pemakaian Ihram bagi Jemaah Lelaki dan Perempuan
Niat Ihram
2. Wukuf di arafahwukuf diarafah merupakan acara kemuncak haji dimana pada waktu ini semua jemaah haji dari segala kelompok dunia akan berada di arafah. waktu wukuf bermula selepas zohor pada 9 zulhijjah dan pada waktu-waktu ini merupakan antara waktu dimana mustajab berdoa.
Keadaan Bukit Araffah pada 9 Zulhijjah
3. TawafTawaf mengelilingi kaabah, tawaf merupakan satu proses dimana jemaah perlu mengelilingi kaabah sebanyak tujuh pusingan yang lengkap, ianya dilakukan setelah melontar jamrah pada 10, 11 dan 12 zulhijjah.
Tawaf sekeliling kaabah sebanyak 7 pusingan
4. sa'i antara bukit Safa' dan Marwahsa'i ialah berjalan atau berlari anak antara bukit safa' dan bukit marwah sebanyak 7 kali . Tujuan ianya adalah untuk mengingati jasa pengorbanan siti hajar yang berlari-lari untuk mencari air bagi diminum oleh anaknya nabi Ismail.
sa'i ialah berjalan dari bukit safa ke marwah sebanyak 7 pusingan
5. TahalulTahalul Ialah bergunting atau bercukur selepas melkukan sa'i. sekurang-kurangnya potong 3 helai rambut dan seafdalnya bagi lelaki ialah bercukur segala rambutnya dan supaya mengingatkan kita merupakan hamba yang lemah.
Seorang jemaah haji membantu mencukur kepala kawan beliau
6. TertibKesemua rukun rukun haji ini dilakukan mengikut urutan yang lengkap dan tiada yang tertinggal
Maka dengan ini selesailah sudah keenam-enam rukun haji insyallah boleh mendapat haji yang mabrur, jadi di bawah ini ustaz ada menyediakan cara cara untuk menghafaz rukun rukun haji dengan mudah bagi memudahkan pelajar mengingati rukun ini :-
Maka dengan ini berakhirlah post kali ini, insyallah kita akan berjumpa pada post akan datang. assalamualikum
No comments:
Post a Comment